Terma Ritmaku
Ritmaku membantu anda bergerak.
Gunakan Ritmaku untuk merekod makan, latihan dan tabiat mengikut kemampuan sendiri.
- 1Ritmaku ialah aplikasi bebas dan tidak mewakili Kementerian Kesihatan Malaysia.
- 2Anggaran nutrisi ialah panduan, bukan nombor yang perlu sempurna.
- 3Berhenti jika sesuatu latihan sakit atau tidak selesa, dan dapatkan bantuan jika perlu.
- 4Akses produk digital diberikan selepas pembayaran disahkan oleh sistem. Untuk bayaran melalui pautan bil Ritma Coaching, pelanggan menghantar resit serta e-mel akaun kepada Coach Akmal melalui WhatsApp. Coach mengesahkan bayaran dan akaun sebelum pengaktifan tempoh berbayar secara manual. Pelanggan kemudian melengkapkan borang dan kotak persetujuan wajib sebelum akses Coach kepada rekod dibuka. Pembelian terdahulu kekal mengikut aliran asal.
- 5Ebook Kurus Tapi Hobi Makan ialah fail PDF digital berharga RM47 sekali bayar. Pembelian ini tak termasuk Premium atau Coaching. Pautan muat turun tersedia pada halaman status lepas bayaran disahkan.
- 6Sains Pengecutan Lemak ialah pakej digital berharga RM59 sekali bayar, mengandungi ebook PDF, versi bacaan telefon (HTML), lembaran praktikal boleh isi, panduan mula dan Manual Ritmaku Free PDF. Pakej ZIP boleh dimuat turun pada halaman status lepas bayaran disahkan. Manual membantu pembaca menggunakan fungsi percuma Ritmaku untuk merekod makanan, latihan dan tabiat.
- 7Bagi isu akses ebook atau pertanyaan bayaran balik, hubungi sokongan untuk semakan.
- 8Ritma Coaching: RM499 bulan pertama termasuk pelan diet dan latihan individu; RM299 setiap bulan seterusnya. Termasuk semakan mingguan diet/latihan, pelarasan apabila perlu, komen Coach, ringkasan kemajuan dan maksimum 5 video teknik seminggu, 60 saat setiap video. Video disemak bersama check-in mingguan, bukan chat tanpa had. Bayaran dibuat melalui bil bulan pertama RM499 atau bil pembaharuan RM299 untuk pelanggan sedia ada. Hantar resit dan e-mel akaun Ritmaku kepada Coach melalui WhatsApp. Coach menyemak bayaran dan akaun sebelum mengaktifkan tempoh serta menetapkan tarikh mula/tamat. Pelanggan kekal pada borang Coaching sehingga borang dan persetujuan data berjaya dihantar; sebelum itu akses Coach kepada rekod belum dibuka. Jika persetujuan ditarik, akses coach dan semakan ditutup tanpa memadam rekod; pelanggan boleh menghubungi sokongan untuk penyelesaian. Pembaharuan manual sahaja, tiada auto-debit; pembaharuan awal tidak memotong baki tempoh berbayar. Hak pelanggan pakej lama kekal hingga tarikh tamat yang telah dibayar. Permintaan bayaran balik disemak secara manual.
- 9Untuk kecemasan di Malaysia, hubungi 999.
Pengendali: COACH AKMAL VENTURES · No. Pendaftaran 202603236080 (003886183-A)
Tarikh semakan dasar: 9 Oktober 2026.